CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, April 19, 2009

ABAH

















25hb April 2009 , genap dua tahun abah pulang ke rahmatullah pada usia 76 tahun. Abah meninggal jam 11.30 pagi akibat sakit tua di HUKM dan dikebumikan diperkuburan islam Kg Nakhoda, Selayang.

Abah mula menetap bersama ku di Cheras selepas emak meninggal dunia pada tahun 1991. Al Fatihah untuk emak dan abah.

Sudah menjadi ketentuan Allah setiap yang hidup akan mati. Kita menerima dengan redha akan kehilangan ahli keluarga tersayang dan meneruskan kehidupan. Namun segala kenangan bersama tidak akan dilupa sampai bila-bila. Ada peristiwa-peristiwa adalah perkara biasa pada seseorang tetapi memberi impak yang besar pada yang lain. Bagi meneruskan kehidupan mungkin masa yang diambil untuk mengatasi kesedihan berbeza dan mungkin juga kehidupan selepas itu tidak akan sama lagi.

Semenjak abah tinggal bersama, rumah ku secara tak langsung menjadi rumah utama. Arwah abang sulong (meninggal tahun 1990) dahulu menetap di Palong, Gemas, kakak pula di Kuala Pilah. Adik-adik menetap di Selama (Perak), Seremban, Ampang , Bukit Sentosa, Gombak dan Kuantan. Seorang adik perempuan tinggal bersama ku . Hampir setiap hujung minggu rumah ku tidak pernah sunyi dari kunjungan adik beradik . Kalau tidak semua pun, pasti ada seorang bersama ahli keluarga datang menjenguk abah yang menginjak usia. Biasanya kalau sudah berkumpul pasti meriah dengan pelbagai hidangan . Dari pagi hingga malam tak henti henti kami makan. Kami sekeluarga dari ibu bapa hingga ke anak-anak kebanyakkan nya montel-montel dan 'comel-comel' belaka. Paling meriah apabila menyambut hari lahir abah atau hari raya. Rumah ku yang agak kecil itu jadi sesak dan semuanya duduk berhimpit-himpit. Tiada siapa pun yang kisah. Keadaan itu seolah-olah menjadikan kami semua lebih mesra. Yang pasti airmata abah akan sentiasa bergenang menyaksikan keseronokan itu.

Sekarang kami masih meneruskan tradisi yang seronok itu tapi tidak sekerap dahulu.


Abah juga adalah seorang yang sangat gemar memandu. Abah akan memandu berjam jam lamanya tanpa menunjukkan rasa letih atau mengantuk. Ada antara kami sudah abah ajar memandu seawal usia 11 tahun. Anak ku diajar memandu pada usia 8 tahun . Malah anak mamak tempat abah minum teh tarik pun diajarnya memandu. Sebelum bersara pada 1985 abah adalah seorang polis trafik. Abah mengetahui hampir keseluruhan jalan-jalan besar dan kecil di Kuala Lumpur ini. Abah sentiasa menjadi rujukan anak-anak dan menantu untuk ke sesuatu destinasi. "Abah, jalan mana yang paling senang kalau nak pergi tempat ni....," "Tempat ni kat mana Bah", antara pertanyaan yang sering diajukan. Dan dengan bangganya abah akan memberi jawapan yang tepat. "Masa kerja dulu, kalau ada eksiden abah kena ukur jalan tu, tangkap gambar tempat kejadian dan kenderaan terbabit. Lepas tu abah akan buat repot. Abah pernah kutip cebisan otak yang bertaburan atas jalan raya ", cerita abah.

Seringkali juga jika tiada sesiapa yang datang berkunjung, abah akan ajak aku, anak dan adik perempuan untuk 'recce' jalan-jalan yang baru siap dibina. Waktu itu harga minyak tidak lah semahal sekarang, begitu jua tol. Suatu ketika kami menuju ke Putrajaya dan Cyberjaya yang masih dalam pembinaan dan jalannya masih belum elok dan cantik. ' Huh! jauhnya Putrajaya ni'. Aku yang hanya duduk macam 'mam besar' di bahagian belakang pun rasa penat dek jalan yang berlekak lekuk itu. Sekarang ada rakan sekerja yang berulang alik dari Putrajaya ke tempat kerja di Jln Raja Laut, KL tanpa merungut sedikit pun. Hobi 'recceing' jalan-jalan baru juga terhenti sejak abah mula sakit.

Anak ku merupakan cucu yang paling rapat dengan abah. Semenjak dari darjah satu lagi abah lah yang menghantar dan mengambil anak ku dari sekolah setiap hari. Secara tak langsung abah banyak mendidik dan menerap nilai-nilai hidup pada anak ku. Namun semasa di tingkatan satu aku menghantar anak ku untuk tinggal bersama adik bongsu di Selama dan bersekolah disana. Biarlah...ada perkara-perkara yang aku tidak mampu curahkan pada anak ku sendiri. Biarlah dia mengalami sendiri suasana kehidupan dikampong pula, dan jadikan pedoman hidup seterusnya. Sepanjang anak ku berada di Selama, hampir setiap bulan aku dan abah berulang alik melawatnya. Aku tidak pernah merasakan lebih selamat jika abah yang memandu tidak kira waktu. Beberapa minit masuk sahaja kedalam kereta aku mula lelap. Abah kata, pemandu yang baik adalah apabila penumpang boleh tidur tanpa tersentak. Selepas SPM anak ku kembali tinggal bersama. Ketika itu kesihatan abah sudah mula merosot. Aku sungguh terharu kerana pada usia yang masih mentah, anak ku mendapat 'rezeki menjaga orang sakit'. Aku terkesima melihat kesungguhan dan keikhlasan anak ku menjaga datok nya yang uzur di rumah selain adik beradik ku yang lain juga. Dihari hari terakhir ketika abah dimasukkan ke hospital anak ku juga turut bergilir-gilir dengan adik-beradik ku menjaga abah. Dan sungguh mengharukan disaat abah menghembuskan nafas terakhir anak ku tiada disisi. Dia baru sahaja pulang kerumah untuk merehatkan badan setelah semalaman tidak tidor . Setelah anak ku kembali ke hospital dia tidak lagi dapat mengawal perasaan dan hampir pengsan menangis dibahuku.

Kini setelah dua tahun abah pergi, ada kalanya aku tersentak sendirian seolah-olah masih mengharap pada abah.' 'Tentu lebih senang menyelesaikan masaalah ini jika abah masih ada'. Yang pasti anak ku masih lagi tidak tidor dibiliknya sebaliknya bersusah payah mengangkat tilam keluar dan masuk untuk tidor diruang tamu. Dia masih lagi terkesan akan ketiadaan dan mengalami mimpi-mimpi manis berkaitan datoknya.


.....Al Fatihah....

Friday, April 10, 2009

MISSING SON AT THE GP

The loudest race on earth was subdued after torrential rains poured and red-flagged on the 32 out of 56 laps as Jenson Button was leading Nick Heidfeld and Timo Glock at the Malaysian GP in Sepang last Sunday.
The ferocious storm made it impossible for the racers to continue. After waiting in vain for almost an hour for the storm to stop, the race was officially called off and Jenson Button of Brawn GP was declared the winner. Nick Heidfeld of BMW Sauber and Timo Glock of Toyota were second and third place respectively. The runners were awarded only half point because the race did not reach two third of the distance. This happened only the fifth time in the F1 history.
The trophies were awarded by Datuk Sri Najib Tun Razak, the new premier two days after being sworn in.

Sorry guys! I was not there at the GP though. I only watched the event on television.

It was my son who got to go to the GP as security personnel. He started off to Sepang at 7am on Friday and was home slightly before midnight. I was then halfway between KL and London in my sleep. The same went for Saturday and Sunday.

He is 21. On any normal days I don't see him much either. In the morning I would be on my way to work while he is sleeping, or he too on his way to college. I would always treasure that short precious time where we would have some small talks over dinner before he disappear again for his workout in the gym, studies or having his teh tarik with some friends. Guess, one can't expect boys to be idled for long in the house.

That whole Sunday without realising it, I irked the people around me sulking over what time it was, wasthe GP finished yet, when would my son coming back....OMG... I'm missing my son! ' Hish.. your son is a 21 year old young man and he's only gone for 3 days to Sepang jer, not 3 months to Timbuktu! Well, a mother is a mother. Her child would always be a small baby to the whole of her life.

That night I simply had to wait for my 'baby tua' to come home before I could do this ''fly to Paris'.